Sabtu, 2 Mei 2009

Fitnah

Fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan. Itu yang aku hadapi hari ini. Fitnah yang memburukkan aku sedangkan aku tidak melakukannya. Kadang-kadang aku pelik, manusia lebih mempercayai kata-kata dusta dari kata-kata yang benar. Itulah situasi masa kini. Aku pernah bekerja di salah sebuah Badan Berkanun yang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri. Banyak pahit manis yang telah aku lalui sepanjang berkhidmat di sana. Banyak fitnah yang terpaksa aku tempuh dalam menjalankan tugas. Ada yang ingin menjatuhkan aku. Tak kurang juga ada yang mahu melihat aku diberhentikan kerja. Akhirnya aku mengambil keputusan meletakkan jawatan atas sebab tak tertanggung menahan tekanan yang melanda dalam kerja dan rumahtangga. tetapi hari ni aku dikejutkan lagi dengan khabar yang mengatakan aku dulu berlagak macam bos masa kerja kat sana. Geram betul aku. Sakit hati pun ada. Sepanjang aku bekerja kat sana, aku korbankan masa dan tenaga tetapi tak dihargai malah dikatakan sebagai seorang pekerja yang tidak berdedikasi. Ntahlah selagi dinamakan manusia, mana ada yang sempurna. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur di atas segala kurniaan yang Allah berikan. Aku tekad untuk mengubah nasib aku dan akhirnya aku berjaya. Aku tidak lagi berada dalam dunia yang tidak serasi dengan aku. Walaupun cabaran yang akan aku hadapi ini lebih besar tetapi aku tidak gentar. InsyaAllah akan aku usahakan sehingga berjaya.