Isnin, 19 Oktober 2009
Aidilfitri Tanpamu
Aidilfitri kali ni merupakan yang pertama tanpa kehadiran ayah. Aku tahu ramai di luar sana tidak mempunyai ayah, malah ada yang tidak kenal siapa itu ayah. Bagi aku, ayah ialah orang yang aku sayang.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sayangkan dia. Sebenarnya aku banyak berhutang dengan ayah. Aku tak sempat nak balas semua hutang2 tu.Banyak yang aku nak buat untuk ayah tapi aku tak dapat berbuat demikian. Aku anak yang paling tua setelah kematian abang sulung. Aku lah yang menjadi kakak dan abang kepada adik-adik aku. Kehidupan aku masa kecil tidak seperti kanak-kanak lain. Aku dipelihara oleh arwah opah. Kehidupan aku masa kecil banyak mengajar aku erti hidup. Ayah seorang yang garang dan tegas dalam mendidik aku. Alhamdulillah aku berjaya memenuhi impiannya. Sampai sekarang aku masih teringat segala kenangan kami bersama dan tidak dapat aku nafikan aku merinduinya. Aku rasakan yang dia tidak patut 'diambil' akan tetapi apa daya aku sebagai makhluk Allah. Aku sentiasa berdoa semoga roh ayahku berada di kalangan orang-orang yang beriman. Sekarang aku hanya ada emak. Aku dah berjanji dengan ayah untuk menjaga emak walau dalam keadaan apa sekali pun.Aku pegang janji ini selagi nyawa dikandung badan. Al fatihah ila arwah Ibrahim bin Zaleha...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan