Isnin, 19 Oktober 2009
Tanggungjawab dan amanah
Semester kedua baru dah bermula. Tak lama lagi pengajian aku di sini akan tamat. Aku berharap dapat menghabiskan pengajian di sini dengan kejayaan. Sikap yang negatif akan cuba aku elak dan aku akan serap segala yang positif sebagai bekal aku ketika menjalankan tugas. Desas-desus guru KPLI ni besar kepala, memang tak boleh dinafikan. Setiap manusia ada perangai masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Mungkin aku bersikap terlalu tegas dengan kawan-kawan menyebabkan ada antara mereka tidak suka dengan aku. Tetapi, mereka tidak berada di tempat aku. Atau sekiranya mereka berada di tempat aku, mungkin mereka akan ambil sikap tidak ambil peduli. Sebagai ketua, aku mesti ada sikap tanggungjawab dan amanah yang mana segalanya itu akan mendatangkan kebencian pada orang lain. Biasalah, kalau masa di sekolah dulu pengawas tidak disukai oleh pelajar lain. Bagi aku, biarlah mereka yang benci dengan sikap aku tapi bagi aku, aku taknak Allah benci aku. Kebencian orang akan mendatangkan satu motivasi untuk aku terus hidup selagi aku berada di landasan yang benar. Akan datang ni pula ada kursus induksi. Aku tahu, aku akan berdepan dengan masalah ketidakhadiran pelajar yang mempunyai pelbagai alasan. Aku serahkan saja pada takdir. Apa yang aku perlu buat ialah catat siapa yang datang dan pangkah siapa yang ponteng. Itu saja. Kalau ada yang tak puas hati, sepatutnya orang itu cermin diri sendiri...Aku bukan nak berlagak pandai atau hebat cuma aku tak tahu nak buat macam mana dengan orang yang pandai tak boleh diikut, bodoh tak nak diajar.Orang macam aku ni, sentiasa akan dicari kesalahan. Terpulang. Tepuk dada, tanya iman.Fikirlah sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan