Rabu, 25 November 2009

Selamat Tinggal IPGM KBM


Hari ini hari yang terakhir aku bergelar sebagai pelajar KPLI di sini. Banyak kenangan pahit manis aku di sini. Tempat ini banyak mengajar aku untuk menjadi guru. Sebenarnya banyak lagi yang kurang pada aku. Banyak lagi ilmu yang perlu aku timba untuk aku jadi guru. Apa pun, aku amat berterima kasih kepada semua muallim yang telah mengajar aku.aku akan menfaatkan segala ilmu yang ada. semoga impian arwah ayah menjadi nyata.aku sayang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu.

Selasa, 27 Oktober 2009

Anugerah Citra Keguruan 2009



Hari ini merupakan hari bersejarah buat diri aku. Tak sangka aku terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Citra Perak sempena Majlis Anugerah Citra Keguruan 2009.Makluman tentang penerimaan anugerah ini, aku terima melalui sms yang dihantar oleh pensyarah yang berkenaan pada Sabtu lalu. Terkejut juga, takut pun ada. Bukan apa takut ada yang nak mendajalkan aku.Aku sedar, aku siapa. Aku ni kan tak berapa disukai oleh sesetengah pelajar tapi apa kan daya, apa yang aku buat adalah disebabkan aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar.Aku tak nak cerita panjang.Ini gambar-gambar aku di majlis itu tadi.

Pertandingan Perbahasan




Pada 22 Oktober 2009 yang lepas, satu pertandingan perbahasan olok-olok dibuat di kelas aku. Perbahasan ini sebenarnya sebahagian daripada tugasan yang diberi oleh Puan Latifah kepada kelas aku.Pemilihan atau pembahagian tugas dibuat secara undian. Maka aku hanya ditugaskan untuk bahagian susun atur. Dalam pada itu aku terfikir untuk menjadikan perbahasan ini satu pertandingan, maka aku siapkan teks pengacaraan. Seronok bila tengok rakan-rakan menunjukkan bakat mereka. Kelakar juga bila timbul sesuatu isu yang mencuit hati. Aku kagum dengan rakan-rakan aku yang very sporting. Kumpulan Pencadang terdiri daripada Mohd Nazim, Huzaimi, dan Rohani Ibrahim. Manakala pihak pembangkang pula terdiri daripada Norazlina (Along), Roznilah, dan Noraein.Tengoklah gambar-gambar di sepanjang pertandingan ini.

Isnin, 19 Oktober 2009

Aidilfitri Tanpamu

Aidilfitri kali ni merupakan yang pertama tanpa kehadiran ayah. Aku tahu ramai di luar sana tidak mempunyai ayah, malah ada yang tidak kenal siapa itu ayah. Bagi aku, ayah ialah orang yang aku sayang.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sayangkan dia. Sebenarnya aku banyak berhutang dengan ayah. Aku tak sempat nak balas semua hutang2 tu.Banyak yang aku nak buat untuk ayah tapi aku tak dapat berbuat demikian. Aku anak yang paling tua setelah kematian abang sulung. Aku lah yang menjadi kakak dan abang kepada adik-adik aku. Kehidupan aku masa kecil tidak seperti kanak-kanak lain. Aku dipelihara oleh arwah opah. Kehidupan aku masa kecil banyak mengajar aku erti hidup. Ayah seorang yang garang dan tegas dalam mendidik aku. Alhamdulillah aku berjaya memenuhi impiannya. Sampai sekarang aku masih teringat segala kenangan kami bersama dan tidak dapat aku nafikan aku merinduinya. Aku rasakan yang dia tidak patut 'diambil' akan tetapi apa daya aku sebagai makhluk Allah. Aku sentiasa berdoa semoga roh ayahku berada di kalangan orang-orang yang beriman. Sekarang aku hanya ada emak. Aku dah berjanji dengan ayah untuk menjaga emak walau dalam keadaan apa sekali pun.Aku pegang janji ini selagi nyawa dikandung badan. Al fatihah ila arwah Ibrahim bin Zaleha...

Tanggungjawab dan amanah

Semester kedua baru dah bermula. Tak lama lagi pengajian aku di sini akan tamat. Aku berharap dapat menghabiskan pengajian di sini dengan kejayaan. Sikap yang negatif akan cuba aku elak dan aku akan serap segala yang positif sebagai bekal aku ketika menjalankan tugas. Desas-desus guru KPLI ni besar kepala, memang tak boleh dinafikan. Setiap manusia ada perangai masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Mungkin aku bersikap terlalu tegas dengan kawan-kawan menyebabkan ada antara mereka tidak suka dengan aku. Tetapi, mereka tidak berada di tempat aku. Atau sekiranya mereka berada di tempat aku, mungkin mereka akan ambil sikap tidak ambil peduli. Sebagai ketua, aku mesti ada sikap tanggungjawab dan amanah yang mana segalanya itu akan mendatangkan kebencian pada orang lain. Biasalah, kalau masa di sekolah dulu pengawas tidak disukai oleh pelajar lain. Bagi aku, biarlah mereka yang benci dengan sikap aku tapi bagi aku, aku taknak Allah benci aku. Kebencian orang akan mendatangkan satu motivasi untuk aku terus hidup selagi aku berada di landasan yang benar. Akan datang ni pula ada kursus induksi. Aku tahu, aku akan berdepan dengan masalah ketidakhadiran pelajar yang mempunyai pelbagai alasan. Aku serahkan saja pada takdir. Apa yang aku perlu buat ialah catat siapa yang datang dan pangkah siapa yang ponteng. Itu saja. Kalau ada yang tak puas hati, sepatutnya orang itu cermin diri sendiri...Aku bukan nak berlagak pandai atau hebat cuma aku tak tahu nak buat macam mana dengan orang yang pandai tak boleh diikut, bodoh tak nak diajar.Orang macam aku ni, sentiasa akan dicari kesalahan. Terpulang. Tepuk dada, tanya iman.Fikirlah sendiri.

seribu mawar

"seribu mawar" ni sebenarnya tajuk salah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh biduanita negara kita iaitu Sharifah Aini. Aku suka sangat lagu ni. Liriknya bertepatan dengan situasi yang aku lalui masa tu. Ketika itu tahun 1999. Aku diambang perpisahan dengan kekasih lama. Lagu itu sedang hangat dimainkan. Waktu tu aku sedang memandu kereta menghantar bekas kekasih ke kilang tempat kerjanya. Lagu tu berkumandang seolah-olah mengiringi perpisahan terakhir kami. Sebab itu aku ingat sampai sekarang. Aaah...benda tu dah lama. Dia pun dah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Begitu juga aku yang kini bahagia dengan suami tercinta. Anugerah daripada Allah dilengkapi dengan dua orang cahaya mata. Insya Allah, teringin juga nak menambah cahaya mata lagi.Mungkin tahun depan. Aku hanya boleh merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Khamis, 4 Jun 2009

PENJAMIN

Aku sekarang tengah bengang dengan satu makhluk Allah yang ntah aku tak tahu lah dia ni rasa apa yang aku rasa.empat tahun aku menanggung. aku tahu semua ini atas kesalahan dan kecuaian aku tapi sebagai manusia dia langsung takde rasa tanggungjawab nak pikul hutang dia. aku pun ada [injam bank tapi aku tetap bayar tiap-tiap bulan sebab aku taknak orang yang jamin aku ada masalah. aku taknak naya orang. tapi dia ni aku pelik sebab bukan nya takde pelajaran. ada mster pulak tu bidang akauntan. tak tahu lah nak cakap apa lagi. suami pulak orang berada dan cerdik pandai pulak tu. bila aku tanya kenapa tak nak kerja, dia boleh jawab, laki dia tak kasi kerja.habis,apa yang dia hutang kat bank tu biar je lah. sapa nak bayar. bukan satu bank, yang aku tahu dia dah kena bankrap kat bank lain. aku sekali kena blacklist. aku nak buat loan pun sangkut pasal dia.aku nak beli kereta.aku memang terdesak nak pakai kereta. kereta yang aku ada sekarang ni asyik rosak je. aku rasa tak selamat pakai kereta ni lagi.lagipun kaki aku dah selalu sakit kalau pakai manual.kaki aku cacat disebabkan kemalangan jalan raya. sementelah aku belajar ni, aku nak ulang alik dalam keadaan yang selamat dan selesa. tapi apa yang kau dapat. aku kena naya sebab jadi penjamin dia. sepatutnya dia bayar hutang tu dalam keadaan apa sekali pun. aku pun pernah mengganggur tapi aku cari duit dengan berniaga untuk bayar hutang walaupun duit berniaga tu cukup untuk bayar hutang tanpa aku dapat rasa keuntungannya. TOLONGLAH!!!