Rabu, 25 November 2009
Selamat Tinggal IPGM KBM
Hari ini hari yang terakhir aku bergelar sebagai pelajar KPLI di sini. Banyak kenangan pahit manis aku di sini. Tempat ini banyak mengajar aku untuk menjadi guru. Sebenarnya banyak lagi yang kurang pada aku. Banyak lagi ilmu yang perlu aku timba untuk aku jadi guru. Apa pun, aku amat berterima kasih kepada semua muallim yang telah mengajar aku.aku akan menfaatkan segala ilmu yang ada. semoga impian arwah ayah menjadi nyata.aku sayang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu.
Selasa, 27 Oktober 2009
Anugerah Citra Keguruan 2009
Hari ini merupakan hari bersejarah buat diri aku. Tak sangka aku terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Citra Perak sempena Majlis Anugerah Citra Keguruan 2009.Makluman tentang penerimaan anugerah ini, aku terima melalui sms yang dihantar oleh pensyarah yang berkenaan pada Sabtu lalu. Terkejut juga, takut pun ada. Bukan apa takut ada yang nak mendajalkan aku.Aku sedar, aku siapa. Aku ni kan tak berapa disukai oleh sesetengah pelajar tapi apa kan daya, apa yang aku buat adalah disebabkan aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar.Aku tak nak cerita panjang.Ini gambar-gambar aku di majlis itu tadi.
Pertandingan Perbahasan
Pada 22 Oktober 2009 yang lepas, satu pertandingan perbahasan olok-olok dibuat di kelas aku. Perbahasan ini sebenarnya sebahagian daripada tugasan yang diberi oleh Puan Latifah kepada kelas aku.Pemilihan atau pembahagian tugas dibuat secara undian. Maka aku hanya ditugaskan untuk bahagian susun atur. Dalam pada itu aku terfikir untuk menjadikan perbahasan ini satu pertandingan, maka aku siapkan teks pengacaraan. Seronok bila tengok rakan-rakan menunjukkan bakat mereka. Kelakar juga bila timbul sesuatu isu yang mencuit hati. Aku kagum dengan rakan-rakan aku yang very sporting. Kumpulan Pencadang terdiri daripada Mohd Nazim, Huzaimi, dan Rohani Ibrahim. Manakala pihak pembangkang pula terdiri daripada Norazlina (Along), Roznilah, dan Noraein.Tengoklah gambar-gambar di sepanjang pertandingan ini.
Isnin, 19 Oktober 2009
Aidilfitri Tanpamu
Aidilfitri kali ni merupakan yang pertama tanpa kehadiran ayah. Aku tahu ramai di luar sana tidak mempunyai ayah, malah ada yang tidak kenal siapa itu ayah. Bagi aku, ayah ialah orang yang aku sayang.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku sayangkan dia. Sebenarnya aku banyak berhutang dengan ayah. Aku tak sempat nak balas semua hutang2 tu.Banyak yang aku nak buat untuk ayah tapi aku tak dapat berbuat demikian. Aku anak yang paling tua setelah kematian abang sulung. Aku lah yang menjadi kakak dan abang kepada adik-adik aku. Kehidupan aku masa kecil tidak seperti kanak-kanak lain. Aku dipelihara oleh arwah opah. Kehidupan aku masa kecil banyak mengajar aku erti hidup. Ayah seorang yang garang dan tegas dalam mendidik aku. Alhamdulillah aku berjaya memenuhi impiannya. Sampai sekarang aku masih teringat segala kenangan kami bersama dan tidak dapat aku nafikan aku merinduinya. Aku rasakan yang dia tidak patut 'diambil' akan tetapi apa daya aku sebagai makhluk Allah. Aku sentiasa berdoa semoga roh ayahku berada di kalangan orang-orang yang beriman. Sekarang aku hanya ada emak. Aku dah berjanji dengan ayah untuk menjaga emak walau dalam keadaan apa sekali pun.Aku pegang janji ini selagi nyawa dikandung badan. Al fatihah ila arwah Ibrahim bin Zaleha...
Tanggungjawab dan amanah
Semester kedua baru dah bermula. Tak lama lagi pengajian aku di sini akan tamat. Aku berharap dapat menghabiskan pengajian di sini dengan kejayaan. Sikap yang negatif akan cuba aku elak dan aku akan serap segala yang positif sebagai bekal aku ketika menjalankan tugas. Desas-desus guru KPLI ni besar kepala, memang tak boleh dinafikan. Setiap manusia ada perangai masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Mungkin aku bersikap terlalu tegas dengan kawan-kawan menyebabkan ada antara mereka tidak suka dengan aku. Tetapi, mereka tidak berada di tempat aku. Atau sekiranya mereka berada di tempat aku, mungkin mereka akan ambil sikap tidak ambil peduli. Sebagai ketua, aku mesti ada sikap tanggungjawab dan amanah yang mana segalanya itu akan mendatangkan kebencian pada orang lain. Biasalah, kalau masa di sekolah dulu pengawas tidak disukai oleh pelajar lain. Bagi aku, biarlah mereka yang benci dengan sikap aku tapi bagi aku, aku taknak Allah benci aku. Kebencian orang akan mendatangkan satu motivasi untuk aku terus hidup selagi aku berada di landasan yang benar. Akan datang ni pula ada kursus induksi. Aku tahu, aku akan berdepan dengan masalah ketidakhadiran pelajar yang mempunyai pelbagai alasan. Aku serahkan saja pada takdir. Apa yang aku perlu buat ialah catat siapa yang datang dan pangkah siapa yang ponteng. Itu saja. Kalau ada yang tak puas hati, sepatutnya orang itu cermin diri sendiri...Aku bukan nak berlagak pandai atau hebat cuma aku tak tahu nak buat macam mana dengan orang yang pandai tak boleh diikut, bodoh tak nak diajar.Orang macam aku ni, sentiasa akan dicari kesalahan. Terpulang. Tepuk dada, tanya iman.Fikirlah sendiri.
seribu mawar
"seribu mawar" ni sebenarnya tajuk salah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh biduanita negara kita iaitu Sharifah Aini. Aku suka sangat lagu ni. Liriknya bertepatan dengan situasi yang aku lalui masa tu. Ketika itu tahun 1999. Aku diambang perpisahan dengan kekasih lama. Lagu itu sedang hangat dimainkan. Waktu tu aku sedang memandu kereta menghantar bekas kekasih ke kilang tempat kerjanya. Lagu tu berkumandang seolah-olah mengiringi perpisahan terakhir kami. Sebab itu aku ingat sampai sekarang. Aaah...benda tu dah lama. Dia pun dah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Begitu juga aku yang kini bahagia dengan suami tercinta. Anugerah daripada Allah dilengkapi dengan dua orang cahaya mata. Insya Allah, teringin juga nak menambah cahaya mata lagi.Mungkin tahun depan. Aku hanya boleh merancang, Allah yang menentukan segalanya.
Khamis, 4 Jun 2009
PENJAMIN
Aku sekarang tengah bengang dengan satu makhluk Allah yang ntah aku tak tahu lah dia ni rasa apa yang aku rasa.empat tahun aku menanggung. aku tahu semua ini atas kesalahan dan kecuaian aku tapi sebagai manusia dia langsung takde rasa tanggungjawab nak pikul hutang dia. aku pun ada [injam bank tapi aku tetap bayar tiap-tiap bulan sebab aku taknak orang yang jamin aku ada masalah. aku taknak naya orang. tapi dia ni aku pelik sebab bukan nya takde pelajaran. ada mster pulak tu bidang akauntan. tak tahu lah nak cakap apa lagi. suami pulak orang berada dan cerdik pandai pulak tu. bila aku tanya kenapa tak nak kerja, dia boleh jawab, laki dia tak kasi kerja.habis,apa yang dia hutang kat bank tu biar je lah. sapa nak bayar. bukan satu bank, yang aku tahu dia dah kena bankrap kat bank lain. aku sekali kena blacklist. aku nak buat loan pun sangkut pasal dia.aku nak beli kereta.aku memang terdesak nak pakai kereta. kereta yang aku ada sekarang ni asyik rosak je. aku rasa tak selamat pakai kereta ni lagi.lagipun kaki aku dah selalu sakit kalau pakai manual.kaki aku cacat disebabkan kemalangan jalan raya. sementelah aku belajar ni, aku nak ulang alik dalam keadaan yang selamat dan selesa. tapi apa yang kau dapat. aku kena naya sebab jadi penjamin dia. sepatutnya dia bayar hutang tu dalam keadaan apa sekali pun. aku pun pernah mengganggur tapi aku cari duit dengan berniaga untuk bayar hutang walaupun duit berniaga tu cukup untuk bayar hutang tanpa aku dapat rasa keuntungannya. TOLONGLAH!!!
Rabu, 3 Jun 2009
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Adik aku dah selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya pada 29 Mei 2009. Sedih rasa hati bila terkenangkan ayah takde di saat gembira ini. Air mata tak dapat ditahan-tahan lagi. Cuma aku tak menangis depan mak. Bukan apa, tak nak buat dia sedih. Aku tahu dalam hati mak,dia masih rasa kehilangan ayah. Aku nampak dayah menangis tapi aku nak buat cam ne, tak de rezeki dia.Ayah pergi dulu. Apa pun semua dah selesai mengikut perancangan...Azmer yang nikahkan diorang.Ye lah dia je satu-satunya anak lelaki dan abang kepada dayah. Memang selayaknya dia yang nikahkan adiknya.macam2 berlaku.tapi semuanya yg gembira,terutama sekali bila ada tetamu yang tidak diundang.Ada pelancong dari German, kebetulan dia on the way ke Penang.Dia singgah ngan isteri dan seorang teman semata2 nak ambik gambar dayah dan fadzil.katanya dia nak tengok budaya kita. Apa lagi aku pun ajak dia join sekali kenduri.pihak lelaki ingat pelancong tu kawan aku, so diorang diam je. yang best nye, ada pertunjukan silat, ada sesi tabur gula-gula.yang kelakarnya ada makcik tu siap mintak pelancong2 tu masuk tangkap gambar pengantin. tengoklah gambar dia menepung tawar pengantin.ada bakat. dia dan isteri serta teman dijemput makan masakan kenduri.dia cakap sedap walaupun kena makan pakai tangan.bertuah dayah...
Sabtu, 2 Mei 2009
Fitnah
Fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan. Itu yang aku hadapi hari ini. Fitnah yang memburukkan aku sedangkan aku tidak melakukannya. Kadang-kadang aku pelik, manusia lebih mempercayai kata-kata dusta dari kata-kata yang benar. Itulah situasi masa kini. Aku pernah bekerja di salah sebuah Badan Berkanun yang berada di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri. Banyak pahit manis yang telah aku lalui sepanjang berkhidmat di sana. Banyak fitnah yang terpaksa aku tempuh dalam menjalankan tugas. Ada yang ingin menjatuhkan aku. Tak kurang juga ada yang mahu melihat aku diberhentikan kerja. Akhirnya aku mengambil keputusan meletakkan jawatan atas sebab tak tertanggung menahan tekanan yang melanda dalam kerja dan rumahtangga. tetapi hari ni aku dikejutkan lagi dengan khabar yang mengatakan aku dulu berlagak macam bos masa kerja kat sana. Geram betul aku. Sakit hati pun ada. Sepanjang aku bekerja kat sana, aku korbankan masa dan tenaga tetapi tak dihargai malah dikatakan sebagai seorang pekerja yang tidak berdedikasi. Ntahlah selagi dinamakan manusia, mana ada yang sempurna. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur di atas segala kurniaan yang Allah berikan. Aku tekad untuk mengubah nasib aku dan akhirnya aku berjaya. Aku tidak lagi berada dalam dunia yang tidak serasi dengan aku. Walaupun cabaran yang akan aku hadapi ini lebih besar tetapi aku tidak gentar. InsyaAllah akan aku usahakan sehingga berjaya.
Sabtu, 25 April 2009
Camping
Aku baru je balik semalam dari Kem Raudhah,Pangkor.Macam2 yang aku dapt. Pengalaman tu dah tentunya. Dan yang paling penting aku semakin faham sikap manusia. aku dapat menambahkan ilmu aku tentang kemanusiaan. Memahami persaan kehilangan, marah, dendam, iri hati, dan sebagainya. Sebenarnya aku telah lalui semua itu tapi yelah selagi bergelar manusia dan selagi hayat di kandung badan, perkara-perkara seperti itu tetap akan berulang. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengaku kesalahan sendiri, juga menebarkan fitnah merata-rata demi menutup kesalahan diri. Di sana terjadi peristiwa kehilangan beg pakaian 4 anggota Puteri Islam. Masa tu semua kelam kabut. Aku ni dah tak tahu nak cakap apa. Penat menguruskan bas yang tak cukup, nak memastikan semua anggota Puteri dapat tempat duduk sampailah kes kehilangan beg berlaku. Memang ditakdirkan beg-beg tu nak 'hilang' kut. lagi pun dalam keadaan begitu, siapa yang nak jaga kan beg orang lain, sedangkan kawan-kawan yang lain meluru masuk ke feri. Apa lagi baik ditinggalkan saja beg-beg itu. Bak kata orang sapa suruh tak jaga beg sendiri. Tapi itulah, si polan tu tak terfikir ke, kalau lah benda tu jadi kat dia. Masa tu aku tak tahu punca sebenar perkara tu berlaku. tapi aku tak delah rasa tak sedap hati sebab aku yakin beg-beg tu masih ada. Arwah ayah sempat ajar aku macam mana nak cari barang hilang. tapi ye lah dah kalut. Sampai kat sana si polan ni bagitahu kat aku, beg-beg tu masih ada waktu dia tinggalkan beg-beg tu. Nah, dia sendiri yang ngaku dia tinggalkan beg-beg tu tapi dia siap buat peta lagi nak tunjuklokasi beg-beg tu. Aku pelik gak, apasal lak minah ni. Siap lukis peta lagi tu. Aduh, kalut sungguh. Nak jadi cerita aku 'terbangun' untuk jadi penghuluwati. Sebenarnya aku ingatkan untuk sesi malam tu je rupa-rupanye selama aku kat sana. Mampus, aku memang cari nahas. For sure orang tak suka kat aku sebab aku ni kalau dah pegang satu-satu jawatan, aku akan buat sungguh-sungguh. Aku ni pulak tak suka tengok orang lemah gemalai buat sesuatu benda. Bagi aku masa itu emas. Kalau ikut camp memang kena tepat pada masa. Tapi amanah dah pada aku, walaupun aku sedar orang tak suka kat aku, bagi aku tugas tetap tugas. Suka atau tak suka, biarlah.Aku bukannya ada kuasa nak hukum orang. Betul sangkaan aku, dari les beg hilang rupa-rupanya bencana pada aku. Ada yang bawak cerita aku dah call kedai mamak yang mana tah, mintak simpan kan beg-beg tu.Aku tak tahu pun ada kedai mamak wujud dalam kes ni.Aku tak call pun mamak tu dan mamak-mamak yang lain. Setahu aku, Aku call BALAI POLIS!!! Bukannya kedai mamak. Nak je aku cabai mulut yang bawak cerita tu. Aku bwk si polan tu untuk tunjuk lokasi terakhir dia tinggalkan beg tu. Macam apat tah aku nak kaitkan dia, cara dia bercerita tu macam nak meletup-letup. Aku cuma cakap "Dah lah, jom kita tanya mamak tu manalah tahu beg-beg tu ada kat dia. Masa tu tuanpunya beg dan geng si polan ni dah ke kedai lagi satu.Ada rupanya beg-beg tu kat situ. Nyonya tu cakap, dia simpankan sebab tengok beg tu dah ditinggalkan. Yang minah bagai nak rak cakap beg-beg tu bukan hilang pun. Aku cakap kat dia yang dia pun satu kenapa tak tunggu sampai tuanpunya beg datang. Dia cakap dia siapa yang patut tunggu beg tu. lagi pun dia dah tunggu 15 minit.Panas pulak tu.aku rasa masa tu aku nak menjerit je tapi aku sabar je lah. Tiba-tiba dia call kawan dia,maka terpacul lah ayat ni yang aku dengar "Bongok!!!Nak jadi cikgu pun BONGOK,blah,blah,blah aku dah tak dengar apa dia cakap sebab dia terus blah. Dalam bas dia bagi tahu satu bas yang aku marah dia depan orang ramai. Ingat di tu artis ke? Orang mana yang ada masa tu. Toyol, hantu ada lah kut. Ntahlah, kenapa nak terpekik terlolong lepas menangis macam orang gila sedangkan semua tu boleh selesai kalau dia tak pentingkan diri sendiri. Tak boleh beralah langsung. Nak menag kat dia je. Cuba lah fikir kalau benda tu berlaku pada diri ANDA? Baru 15 minit tunggu kan beg kawan, itu pun nak kecoh. Aku sanggup tak naik bot selagi kawan-kawan tak cukup depan aku. Aku ni ketua,bila dah jadi ketua, tanggungjawab perlu buat. Dia tak tahu sebab aku rasa, dia sendiri nak jadi ketua kut,Dia ingat ketua ni duk arah orang sana sini. Itu orang bodoh punya kerja. Ambik kpli, nak jadi cikgu tapi fikiran macam budak darjah 1. Malu!!!Tapi tak pe Allah tahu hati aku. dan aku yakin aku benar. Aku takkan tunduk pada si Pengecut.
Rabu, 15 April 2009
Assalamualaikum, salam pembuka bicara...
Hari ini merupakan hari pertama aku memasuki ruangan blog ni.Selama ni aku hanya mendengar daripada kawan-kawan, adalah jenguk2 dalam internet cuma belum berkesempatan nak buat sendiri. Hari ni pun, sebab pensyarah tak masuk kelas. Sebenarnya aku ni pelajar KPLI kat salah satu institut perguruan kat KL. Alhamdulillah makbul juga doa aku nak jadi guru. Memang ini cita2 aku sejak kecil lagi.Impian ni pun impian arwah ayah. Perjalanan hidup aku bukannya senang. Aku ingat lagi masa kawan2 melangkahkan kaki ke universiti, aku masih terkial2 nak ambik STPM.Mintak jadi cikgu pun sampai 3 kali,tak dapat. Entahlah, aku banyak melawan kut. ish!taklah. yang ye nye takde rezki lagi masa tu.Aku akui setiap apa yang berlaku ini sudah ada aturannya oleh Ilahi.terpulang pada usaha kita untuk mengubahnya.Aku pegang pada kata2 "Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum,selagi kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya". Kadang2 bila aku fikir, semuanya itu benar belaka.Janji Allah memang tepat.Apa yang kita nak di dunia ni,Allah akan bagi sekiranya kita usaha.Begitu juga untuk akhirat. Aku mulanya takut nak ubah nasib tapi disebabkan tekanan yang melampau, aku terpaksa mengubah pendirian.Alhamdulillah, berkat percaya dan yakin bahawa Allah pasti tolong aku.Aku tekad.Hasilnya aku sedang nikmati sekarang. Kalau difikirkan dulu, rasa nak bunuh diri pun ada tapi IMAN itu mengatasi segala-galanya.Aku tahu Allah sentiasa bersama aku...
Langgan:
Catatan (Atom)